Search This Blog

Tuesday, March 1, 2011

Penjagaan bateri

Teknik Penjagaan Bateri Kereta - Battery Maintenances

Cara Menjaga Bateri Kereta

1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.

2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.


3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.


4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.




Bateri kereta ada 2 jenis
1) Sel Basah
2) Sel Kering
Kedua-duanya mempunyai cara penjagaan yang berbeza

1)Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaankenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yangbaik,seeloknya seminggu sekali(Kalau selalu pakai kereta pada waktumalam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalahperiksa 2 atau 3 minggu sekali.

2)Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri.

Memandangkan cara penjagaannya berbeza sel kering lebih mahal daripada sel basah.
Harga bateri bergantung kepada saiz bateri dan jenis kenderaanserta bilangan plate dalam bateri.Biasanya N40Z (Kancil,Kelisa,Kenaridll) harganya RM125-RM145,NS60/L (Saga,Iswara,Wira,Waja dll) RM145-RM160.NS 70/L RM180-RM210.Ini untuk sel basah sahaja,jika selkering harganya '+' RM50 lagi.

Bateri mempunyai ketahanan yang berbeza,bergantung kepadajenis,cara penjagaan,cara penggunaan dan kekerapan penggunaan.Bateribaru biasanya mempunyai jaminan selama setahun(petrol) dan 6 bulan(diesel).

Bateri boleh "kong" disebabkan
1) sudah tua,lama,uzur,sampai masa
2) alternator( kerja dia cas bateri ), sudah rosak,belt longgar atau
3) wiring,fius (jarang2 la kalu kereta baru
4) tak tutup lampu (boleh jadi jugak)

Sistem alarm kereta tak boleh buat bateri kereta anda kong (kecuali salah wiring),disebabkan alarm akan 'draw current' kurang daripada 5Ampere(standby or lock mode).Kecuali dah lebih 3 minggu tak startkereta.
Mungkin masa anda nak start kereta,tiba-tiba alarm berbunyi.Initandanya bateri ada masalah.Sebabnya masa kita start kereta,hampir 90%tenaga bateri digunakan starter(Benda ni guna dia start kereta)

PASTIKAN juga terminal bateri anda tidak "bersalji" dan bersih

tips...

Jaga bateri kereta secara berkala 

BATERI boleh dianggap sebagai nadi yang menggerakkan kereta anda. Justeru, penjagaan bateri perlu dilakukan secara berkala bagi mengelakkan kereta berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan, sekali gus membantutkan aktiviti harian anda.

Beberapa panduan penjagaan bateri kereta yang dipaparkan boleh membantu anda mengelak kejadian tidak diingini.

Periksa paras elektolit berkala. Lihat pada bateri kenderaan anda (gunakan lampu suluh jika keadaan tidak jelas), pastikan paras penunjuk elektrolit bateri kenderaan anda berada di antara paras maksimum dan minimum sepanjang masa.

Jangan biarkan paras elektrolit berada di paras rendah (minimum) ataupun melebihi paras maksimum.
Tambah air bateri jika ia berada di paras minimum.

Apabila membuat penambahan air bateri, gunakan air suling dan elakkan daripada menggunakan air galian.

Periksa ketumpatan bandingan selalu. Cas bateri sekiranya ketumpatan bandingan berada dalam keadaan nyahcas untuk masa yang lama.

Gunakan jeli petroleum pada tambatan bateri untuk mengelakkan pensulfatan dan periksa sambungan sama ada ketat atau sebaliknya
.
Pastikan palam pengalih udara ketat dan pastikan liang pengalih udara tidak tersumbat.

Gunakan asid sulfik gred bateri apabila mengisi bateri yang baru.

Pastikan bateri ditambat kukuh pada kedudukannya. Jika tambatan tidak kuat besar kemungkinan bateri tidak dapat berfungsi.

Periksa penyambung bumi daripada berkarat dan kakisan.

terima kasih kepada kengkawan yang saya salin fakta dan tips di atas...
kepada user sila ambil perhatian,jaga bateri kereta anda, mahal sekarang, tapi kalau dah tukar tuh bawak balik contact saya, saya pi beli....renungkanlah...

7 comments:

  1. Assalam.. trima kasih atas perkongsian tuan.. cuma diatas tuan ada kongsi yg tak boleh topup asid sulfurik.. sy punya masalah masa caj kedai tu buka cap bateri.. tah macamana terbalik dan terus tumpah.. bila lepas caj kereta macam tak cukup karen je.. ada yg ckp kena topup asid balik.. takut jugak meletup bila sy topup.. huhuhu.. bateri baru beli 2bulan.. kong sbb anak terlupa tutup lampu dalam kereta hampir 5hari gak.. hahaha..jadi apa pendapat tuan.. adakah sy perlu pakai bateri sediada atau beli baru.. mahal sekarang ni rm165 trade rm10..ns40 honda city. harap ada respon dari tu.. wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam.mtk maaf mcelah...bdasarkan pgalaman sy, blh jer tambah asid bang..isi full asid pon rasanya xmeletup kot..hehe.cuma campuran/ketumpatan asid dgn air suling hendaklah btl.kna jgk tgk keadaan fizikal plat bahagian dalam btery..klu dah rosak bhgian dlm agak sukar tuk repair blik.rmi y ttpu xblh tambah asid batery tuk sel kering n sel kering tiada bahagian tuk tambah air.sekiranya tambah air batery(air suling) shj btl salah.betery xde power lgsg..batery sel kering lps stahun cnfirm kong n tpaksa beli baru jelar.kdi2 batery ambik blik betery dgn harga rm10-rm20...lau harga btery baru smp rm160-rm180(bgantung ns apa).silap2 diorg jadikan batery 2nd dgn harga rm80-rm100...nampak permainan diorg..alasan cari makan.sy kurang setuju bab ni.cuma nak dapatkan asid skrg dah susah..kbayakan kedai btery dah xnk jual.sekiranya perkongsian sy ni salah maafkan sy..cuma sy explain bdasarkan pgalaman sy..harap membantu..wassalam.

      Delete
    2. betul,asid bateri boleh tambah

      Delete
  2. Beraoa sukatan yg betul untuk asid dan air suling?

    ReplyDelete