Search This Blog

Thursday, March 17, 2011

inikah kita??

Ketika ni aku rasa amat berat untuk bertanya kepada sesiapa yang sudi membantu atau menerima sesuatu yang baru bagi pemahaman mereka.Puas aku ke hulu hilir berjumpa rakan dan taulan tapi kesangsian dan kenaifan mereka akan apa yang aku usahakan amatlah mengecewakan dan membuatkan aku hampir2 berputus harap.Namun berkat dan DNA yang ada dalam diri ini buat aku lebih bermotivasi dan berusaha bersungguh-sungguh dengan rakan seperjuangan untuk berjaya.Ini lah kadang2 yang menimbulkan rasa riak dan bangga apabila berjaya kerana tekanan yang dihadapi membuatkan terselit sesuatu yang buruk dihati.Semoga aku dan rakan tidak terjebak dan mendapat keburukan ini.
Aku rasa kita nie memang masih jauh untuk memikirkan hala tuju sendiri,terlalu mudah dan selesa bila berada di dalam zon selesa.Bagi aku penting diri sendiri aje nie,sebab tak mahu untuk berkorban walaupun sikit kepada anak bangsa sendiri.contohnya,jiran aku nak buat kenduri doa selamat, pergilah ke kedai untuk dapatkan bahan2 untuk masak lauk pauk untuk dijamu kepada tetamu.Setelah seharian usha sana usha sini bawaklah balik beberapa ekor ayam,daging dan sayuran.Bila di tanya," aku beli nie kat kedai pasar cina sebab murah dari kedai pasar melayu,ayam seekor rm12.80 kat situ tapi kedai melayu tu rm13.20...adalah 4 ekor jimat 1.60sen.daging ne pulak aku beli 15rm 3 kilo kat situ kalau melayu tu 16rm...jimat lagi 1rm...sayur2 nie sume 10rm kalau tak kene aku kat kedai melayu tuh 11rm....jadik jimat 1rm lagi...total penjimatannyer 3.60rm...  emmm...apelah punyer melayu jual mahal camner nak maju..."
betul ker?pada sesiapa yang mendengar ketika itu pasti sokong dan bersetuju dengan apa yang jiran aku nie katakan...
tapi pada aku yang taklah pandai berniaga dan berhujah nie berasa patut ker kita beranggapan macam tuh?
1.saper yang control ekonomi tanah tumpah kita nie?
2.pemborong dan pembekal bahan asas?
3.yang dah maju dan untung dah banyak?
4.mentaliti kita yang tak pandai berniaga?
5.taknak berkorban walaupun 10sen pada peniaga melayu?
dan byk lagi yang boleh di hujahkan tapi bolehkah kita nie bersuara?
kita makin tersepit dan bayangkan pada anak2 dan cucu2 kita nanti?mana yang dah senang dan kaya raya mungkin takde masalah tapi aku tujukan pada yang paras2 hidung punya finance nie.
bagi aku kalau bukan kita sendiri yang membantu diri dan bangsa sape lagi?aku bercakap pada isu yang lapok dan lama.tapi masih tiada lagi perubahan yang ketara dan memberansangkan.Jangan baca akhbar dan terus percaya.mata ada pandang telinga ada dengar akal ada fikir.entahlah malas nak cakap tapi kene gak bagitao sebab terlalu lama berada dalam subsidi.mungkin kot???

No comments:

Post a Comment