Search This Blog

Monday, February 21, 2011

Miskin di bumi sendiri

   10 usahawan malaysia yang paling kaya di malaysia pada 2010, agak menyakitkan mata dan hati dan masih tak banyak perubahan besar untuk top 5....agaknyer bila akan ada melayu lebih ramai di top 10 nie???

  1. Robert Kuok Hock Nien $10 bilion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)
  2. Ananda Krishnan $7.2 bilion (Maxis, Astro)
  3. Lee Shin Cheng $5.5 bilion (IOI Group)
  4. Teh Hong Piow $3.5 bilion (Public Bank)
  5. Lee Kim Hua & keluarga $3.4 bilion (Genting Berhad, balu Lim Goh Tong)
  6. Quek Leng Chan $2.4 bilion (Hong Leong Group, Guoco Group)
  7. Yeoh Tiong Lay & keluarga $2.1 bilion (YTL Corp)
  8. Syed Mokhtar Al-Bukhary $1.8 bilion (MMC, Johor Port, Malakoff)
  9. Vincent Tan $1.3 bilion (Berjaya Group)
  10. Tiong Hiew King $1.1 bilion (Rimbunan Hijau)
Saya rasa terpanggil untuk menjadikan Tan sri Syed Mokhtar atau ramai yang mengenali sebagai Syed al-Bukhary sebagai contoh,mungkin saya agak ketinggalan tetapi sebagai org baru dalam arena perniagaan saya mesti menjadikan seseorang yang sebangsa untuk dijadikan ikon/idola.Prinsip dan kegigihan beliau yang mesti diikuti kalau nak berjaya dalam bidang ini.
Melayu adalah tuan tanah bumi ini tetapi kita ibarat kuli dan melukut sahaja selama ini, terlalu dimanjakan dan terlalu mudah memberi simpati,sehinggakan kini kita terus layu dan gagal dalam hampir semua bidang.
Dan kebelakangan ini ada segelintir mula membuka langkah berani dan cuba bangkit namun tiada sokongan yang dapat menunjukkan perubahan yang besar.Kita masih hangat-hangat tahi ayam dan masih kekal dengan sifat-sifat PHD...

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.
Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.
Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Saya tidak bermaksud untuk membakar semangat perkauman yang boleh menimbulkan huru-hara, tetapi berniat untuk membakar semangat juang dan jati diri sama ada diri saya dan rakan sekalian, kita bukan nak bermusuh dengan orang lain dan membenci mereka.Malahan kejayaan mereka adalah atas dasar usaha mereka sendiri,keteguhan hati dan tahap kesedaran mereka.Mengapa kita tidak mencontohi sifat-sifat itu sedangkan agama kita sendiri mengalakkannya.
Jadi fikirkanlah untuk kebaikan diri sendiri dan generasi mendatang.Apakah kita nak biarkan generasi akan datang terus tenggelam?kalau bukan sekarang kita ubah habis bila?jawapan itu ada di tangan sendiri.